Menu mudah tetapi digemari oleh oleh anak anak SAYUR MASAK LEMAK PUTIH. Banyak sayur yang boleh dimasak dengan menu ni antaranya sayur bayam, taugeh, kobis panjang ataupun pucuk manis campur labu manis. Bagi mengelakkan labu menjadi terlalu lembut atau lembik celur @ masak sebentar labu sehingga separuh masak. Toskan labu. Airnya digunakan sebagai kuah dan dimasukkan santan, bawang, cili merah , daun kunyit dan udang kering. Bila dah hampir menggelegak barulah di masukan sayur pucuk manis dan labu tadi. Menu ni makan dengan lauk ikan goreng saja pun sedap.
Showing posts with label Masakan Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Masakan Tradisional. Show all posts
Sayur Lemak Labu
Posted on 8:27 AM by D'Limau Nipis
Menu mudah tetapi digemari oleh oleh anak anak SAYUR MASAK LEMAK PUTIH. Banyak sayur yang boleh dimasak dengan menu ni antaranya sayur bayam, taugeh, kobis panjang ataupun pucuk manis campur labu manis. Bagi mengelakkan labu menjadi terlalu lembut atau lembik celur @ masak sebentar labu sehingga separuh masak. Toskan labu. Airnya digunakan sebagai kuah dan dimasukkan santan, bawang, cili merah , daun kunyit dan udang kering. Bila dah hampir menggelegak barulah di masukan sayur pucuk manis dan labu tadi. Menu ni makan dengan lauk ikan goreng saja pun sedap.
Resepi Nasi Kerabu
Posted on 8:25 AM by D'Limau Nipis
Resepi Sambal Budu Tumis
Posted on 8:18 AM by D'Limau Nipis
SAMBAL TUMIS BUDU yang juga menjadi penyedap rasa dalam juadah Nasi Kerabu. Semalam admin post Sambal Kelapa Nasi Kerabu ada pertanyaan dari rakan fb Puan Rafiah Mukhtar dari group RDM tentang cara untuk sambal tumis ini. Bahan untuk sambal tumis ini ialah : Bawang, cili kering blender, budu, serai, asam keping dan santan
Sambal Jambu Loceng, Jambu Mawar, Jambu Air atau Jambu Berteh
Posted on 7:33 PM by D'Limau Nipis
Kita biasa makan jambu (jambu air, jambu loceng, jambu mawar ataupun jambu berteh). Bercerita mengenai sambal, baru baru ni ibu admin berkata jambu berteh (yang kecil kecil, putih kemerahan dan ada rasa masam manis) sedap dibuat sambal. Hari ini admin cuba buat sambal buah jambu. Tak ada jambu berteh tapi admin guna jambu loceng - mungkin ada panggilan nama yang lain? Bila dah siap , ternyata sedap. Makan dengan ulam daun atau dengan nasi begitu saja pun sedap. Idea ni boleh menambah koleksi anika sambal kita dan kelainan dalam menu seharian. Semuga ibu admin sejahtera dan diberkati kerana sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar, ammin.
Resepi Daging Gulai Kawah
Posted on 8:55 PM by D'Limau Nipis
Bila bercakap mengenai gulai kawah bunyi macam susah nak masak , perlu masak pakai kawah ke? Pada pendapat admin gulai ni dipanggil gulai kawah sebab waktu kenduri di kampung2 masak guna kawah sebab masak dalam kuantiti yang banyak. Atau pun mungkin ada sebab yang lain barangkali?
Apa pun gulai ni hampir sama dengan masak kari biasa cuma pertambahan jenis rempahnya saja dan jika masak dlm kuantiti yang sedikit boleh masak guna periuk dan tak perlu ditukar nama kepada gulai periuk pula kan??
Admin kongsi kan resepi gulai kawah ini untuk 2 kilo daging. Admin menggunakan daging "trimmings" daging yang ada lemak. Daging terlebih dahulu direbus di sejukan dan dipotong....
Resepi Itik Masak Kerutuk
Posted on 8:36 PM by D'Limau Nipis
Berhari minggu makan bersama keluarga atau pun saudara ataupun rakan taulan datang ke rumah kita hidangkan mereka dengan menu yang lain sedikit dari yang lain iaitu ITIK MASAK KERUTUP. kita kena ambil masa sedikit untuk menyediakan hidangan ini. Bagi yang tak makan itik boleh diganti kan dengan ayam kampung. Hidangan ini boleh diserikan dengan sayur bendi dan Cili hijau dibelah belah.
Resepi Sambal Belimbing Buluh D'Limau Nipis
Posted on 8:35 AM by D'Limau Nipis
Koleksi sambal kita kali pula ini Sambal BELIMBING BULUH. Bagi yang ke pasar pada hujung minggu ni bolehlah intai intai kat pasar buah ni, yang ada tanam pokok ni petik jer lah. (Buah ini tidak bermusim dan Alhamdulillah ia berbuah sepanjang masa - admin ada tanam 3 pokok).
Resepi Sambal Ikan Bilis Tumbuk D'Limau Nipis
Posted on 8:30 AM by D'Limau Nipis
Menu sambal kali ini adalah yang paling mudah dan cepat disediakan. Bagi ibu ibu yang dah penat bekerja dan masa yang terhad untuk menyediakan hidangan untuk keluarga bolehlah buat Sambal IKAN BILIS TUMBUK. Sedap dimakan dengan nasi yang panas panas atau pun nasi yang dah sejuk.
Resepi Kerabu Mangga Muda D'Limau Nipis
Posted on 8:24 AM by D'Limau Nipis
Perkongsian kita kali ini ialah KERABU MANGGA MUDA. Ada berapa jenis mangga yàng sedap dibuat kerabu dan pelbagai cara kerabu ini buat. Disini admin kongsikan kerabu mangga muda d'limaunipis. Bagi yang tidak boleh makan masam ada pilihan mangga yang sesuai...
















































