Sambal Jambu Loceng, Jambu Mawar, Jambu Air atau Jambu Berteh








Kita biasa makan jambu (jambu air, jambu loceng, jambu mawar ataupun jambu berteh). Bercerita mengenai sambal, baru baru ni ibu admin berkata jambu berteh (yang kecil kecil, putih kemerahan dan ada rasa masam manis) sedap dibuat sambal. Hari ini admin cuba buat sambal buah jambu. Tak ada jambu berteh tapi admin guna jambu loceng - mungkin ada panggilan nama yang lain? Bila dah siap , ternyata sedap. Makan dengan ulam daun atau dengan nasi begitu saja pun sedap. Idea ni boleh menambah koleksi anika sambal kita dan kelainan dalam menu seharian. Semuga ibu admin sejahtera dan diberkati kerana sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar, ammin.